Setelah pelbagai ura-ura berkaitan Nexus S daripada Samsung, kini akhirnya, gambar dekat pertama untuk perantian Nexus S yang mengguna-pakai sistem operasi Android 2.3 ini mula kelihatan di internet. Bersama-sama dengannya, spesifikasi yang dijangkakan turut di perlihatkan oleh XDA Developers. Walaubagaimanapun, gambar yang kelihatan masih lagi samar-samar dan tidak begitu jelas buat masa ini.
Menurut XDA Developers, perantian terbaru daripada Samsung itu diperkatakan akan menggunakan prosessor ARMv7 yang mana dijangkakan merupakan prosessor Dual-Core. Selain daripada itu, ianya masih lagi belum dipastikan samaada ianya menggunakan RAM 328MB atau 512MB. Perkara sama juga tidak dapat dipastikan untuk memori terbina dalaman, samaada 1GB atau 2GB. Selain daripada itu, perantian dengan skrin seluas 4-inch ini membawakan resolusi 800×480 pixel dan juga kamera yang menyokong rakaman video HD pada 720p.
Spesifikasi ini masih lagi belum disahkan oleh pihak Samsung buat masa ini, dan ianya masih lagi tidak diketahui bila manakah Nexus S ini akan diperkenalkan kepada umum.
No comments:
Post a Comment