Assalamualaikum..Selamat Datang Ke Blog Saya..Harap Memberi Manfaat Kepada Semua :)

**Garmin Asus A50 Kini Boleh Di Dapati Di Malaysia**


Selain daripada Garmin-Asus A10 yang dibawa masuk ke Malaysia tempoh hari, kini satu lagi keluarga baru daripada Garmin Asus diperkenalkan di Malaysia, iaitu Garmin Asus A50 yang mana merupakan salah satu telefon pintar untuk navigasi yang dibangunkan pada platform Android.

Garmin Asus A50

Garmin Asus A50 menggunakan platform Android 2.1 Eclair sebagai sistem operasinya, selain didatangkan bersama-sama dengan skrin-sentuh HVGA TFT LCD sebesar 3.5-inch. Garmin-Asus A50 ini juga turut sama menawarkan ruangan storan terbina sehingga 4GB, dan juga CPU pada kuasa 600MHz. Salah satu perkara yang menarik padanya, adalah aplikasi navigasi yang terbina, iaitu Garmin 1460, yang membawakan fungsi sokongan suara, dan juga memperlihatkan persimpangan dan jambatan dengan menarik sekali.
Selain daripada itu, ianya juga didatangkan dengan kamera 3-megapixel dengan sokongan autfokus, dan anda boleh menambah ruangan storan sehingga 32Gb melalui slot mikroSD yang disediakan padanya.
Garmin Asus A50 dijual di Malaysia pada harga RM1099, dan didatangkan bersama-sama sokongan warranty selama dua tahun.

No comments: