Assalamualaikum..Selamat Datang Ke Blog Saya..Harap Memberi Manfaat Kepada Semua :)

Solat Mengikut Sunnah

Solat Mengikut Sunnah


Semua muslim mengaku mencintai nabinya dan suka mengamalkan sunnah nabi. Ttp kebanyakan kita tdk memahami kaedah mengamalkan sunnah dgn betul. Maka kita lihat ramai orang yg mengamalkan sunnah yg kecil dan meninggalkan sunnah yg lebih besar dan lebih utama.

Antara sunnah yg besar dan utama utk kita contohi ialah bersolat mengikut cara nabi.

1. BERDIRI MENGHADAP KIBLAT

· Seseorang itu wajib berdiri betul/berdiri tegak kecuali dlm keadaan2 yg tertentu.
· Mghadap kiblat adalah salah satu rukun solat. Solat tdk sah jika tdk mghadap kiblat.
· Wajib mghadap tepat ke arahnya jika seseorang berada berhampiran kaabah. Jika berada jauh drpnya, hanya disyaratkan mghadap ke arahnya.
· Jika seseorang tersilap slps berusaha utk mengetahui arah kiblat, solatnya tetap sah dan tdk wajib mengulangi solat.
· Jika sedang bersolat, seseorang dtg mberitahu arah kiblat yg sebenar, dia wajib menghadap ke arah itu dgn segera dan solatnya sah.

2. MENGHADAP SUTRAH

· Ramai umat Islam yang mengabaikan sutrah (penghadang) ketika solat, sedangkan perkara ini dituntut oleh agama. Sehingga sebahagian ulama mengatakan ianya adalah wajib. Antara ulama yang berpendapat wajib mengadakan sutrah ini ialah al-Syeikh Nasiruddin al-Albani. Namun insyaallah pendapat yang lebih kuat dalam hal ini adalah pendapat kebanyakan ulama yang mengatakan sunat, pendapat inilah yang dipilih oleh al-Syeikh Muhammad Soleh bin Uthaimin. Jumhur ulama yang mengatakan sunat berdalilkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Ibn 'Abbas ra. :

Maksudnya : "Bahawasanya Nabi saw pernah bersembahyang di Mina, tanpa ada sutrah." (al-Bukhari)

· Baginda pernah bersabda :

Maksudnya : "Jika dia tidak dapati sesuatu (untuk jadikan sutra), maka hendaklah dia gariskan (buatkan) satu garisan."

· Nabi saw bersabda :

Maksudnya : "Bersutrahlah kamu di dalam solat walaupun dengan sebilah anak panah." (Khulasah hadith : Hasan, al-Baghawi di dalam Syarh al-Sunnah)

· Dengan itu, solat yg dilakukan di bahagian tgh masjid dan berjauhan dgn dinding atau tirai adalah perbuatan org yg lalai dgn perintah Rasulullah saw.

3. NIAT

· Niat adalah salah satu rukun solat. Ia dilakukan dgn cara memastikan dalam hati solat apakah yg ingin didirikan sama ada solat sunat atau solat fardhu.
· Melafazkan niat dgn lidah pula adalah bercanggah dgn sunnah Nabi. Hal ini tdk pernah disebut oleh seorang pun di kalangan pengikut imam-imam mazhab yg masyur termasuk imam Syafie.
· Niat adalah perbuatan hati. Tidak disunnahkan bagi seseorang jika hendak melaksanakan suatu ibadah untuk mengucapkan atau melafazkannya. Allah mengetahui apa yang ada dalam qalbu setiap orang.

4. TAKBIRATULIHRAM

· Dimulakan dgn lafaz ‘Allahuakbar’ dan merupakan salah satu rukun solat.
· Kedua2 tangan hendaklah diangkat ketika bertakbir. Dibolehkan mengangkatnya sebelum atau selepas takbir. Semua itu ada dlm sunnah.
· Ketika mengangkat tangan, jari-jemari hendaklah direnggangkan sedikit. Kedua2 belah tapak tangan hendaklah diletakkan sejajar dgn kedua2 bahu.
· Perbuatan sesetengah org yg mengangkat tangan ke paras telinga dan menyentuhnya adalah tiada dlm sunnah.

5. MELETAKKAN TANGAN KE DADA

· Kedua2 belah tangan hendaklah diletakkan di atas dada, dlm keadaan tangan kanan berada di atas tangan kiri. Ia adalah sunnah nabi.

6. MEMANDANG TEMPAT SUJUD

· Hendaklah menumpukan pandangan ke tempat sujud dan tdk boleh memandang ke kiri, ke kanan atau memandang ke langit.

7. MEMBACA DOA IFTITAH/ISTIFTAH

· Hendaklah memulakan bacaan dlm solat dgn doa istiftah spt yg dilakukan oleh nabi saw.
· Terdapat byk doa istiftah yg diterima drp nabi saw.

8. MEMBACA TA’AWWUZ

· Bacaan ta’awwuz hendaklah dibaca slps doa istiftah sbg meminta perlindungan kpd Allah.
· Bacaan ini boleh dilakukan dgn pelbagai cara. Antaranya:a’uzubillahi minasyaitonirrajim (aku berlindung kpd Allah drp syaitan yg direjam)

9. MEMBACA AL-FATIHAH

· Hendaklah membaca basmalah (Bismillahirrahmanirrahim) dgn suara perlahan sama ada dlm solat yg dibaca secara jahar(kuat) atau sirr(perlahan).
· Bacaan basmalah termasuk sebahagian drp surah al-Fatihah.
· Membaca surah al-Fatihah adalah salah satu rukun solat dan mestilah membacanya dgn sempurna. Sesiapa yg meninggalkan membacanya tdk sah solat.
· Disunatkan membaca ayat demi ayat dan berhenti di setiap waqaf ayat sptmana yg dilakukan oleh Rasulullah saw. Nabi saw tdk terus menyambung bacaan dgn ayat yg berikutnya.

10. MEMBACA SURAH

· Selepas membaca Fatihah, disunatkan membaca satu surah atau sebahagian surah lain pada 2 rakaat yg pertama.
· Panjang atau pendeknya surah itu berbeza dlm setiap solat. Disunatkan membaca surah yg lbh panjang ketika solat subuh berbanding dgn solat fardhu yg lain. Ketika solat malam, sunnah membaca surah yg lbh panjang berbanding semua solat fardhu. Sunnah juga memanjangkan bacaan surah pd rakaat pertama berbanding rakaat kedua.
· Bagi 2 rakaat terakhir pula (kadangkala sunnah mbaca surah lain slps Fatihah dlm 2 rakaat terakhir), disunatkan membaca lbh pendek berbanding 2 rakaat pertama.

11. RUKUK

· Setelah selesai membaca surah, dia hendaklah diam seketika sekadar menarik nafas. Kemudian mengangkat kedua2 belah tgnnya spt takbiratullihram. Bertakbir (menyebut Allahuakbar) itu hukumnya wajib.
· Kemudian barulah rukuk. Ini adalah rukun solat. Ketika rukuk, kedua2 belah tapak tgn hendaklah di atas kedua2 lutut. Jari-jemari hendaklah direnggangkan sehingga ia kelihatan seolah2 memegang erat kedua2 lututnya.
· Tulang belakang hendaklah diluruskan dan diratakan sehingga jika disiram air ke atasnya, pasti air tdk mengalir ke bawah.
· Tidak boleh mendongak atau menundukkan kepala, ttp hendaklah diratakan sama dgn tulang belakang.
· Kedua2 belah siku dan lengan hendaklah dijarakkan dgn tubuh.
· Ada beberapa zikir yg dibaca ketika rukuk, antaranya: Subhana rabbiyal ‘azim (3x atau lebih). · Seelok2nya seseorang hendaklah menyamakan antara waktu rukuk, i’tidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Jika dia memanjangkan rukuk, sunnah juga dia memanjangkan i’tidalnya. Begitulah seterusnya.
· Tidak dibenarkan membaca ayat quran ketika rukuk dan sujud.

12. I’TIDAL

· Ini adalah rukun solat. Hendaklah menegakkan tulang belakang slps bgn drp rukuk.
· Bacaan yg dibaca ialah Sami’Allahu liman hamidah dan kedua2 belah tgn hendaklah diangkat sbgaimana takbiratulihram.
· Kemudian berdiri tegak dan membaca Rabbana wa lakalhamd. Terdapat juga bacaan lain yg lbh panjang.

13. SUJUD

· Sujud adalah rukun solat. Ketika turun utk sujud, hendaklah menurunkan tangan terlebih dahulu sebelum lutut. Ini adalah perintah dan amalan rasulullah. Baginda melarang sujud spt unta, iaitu menurunkan lutut sebelum tapak tangan.
· Jari-jemari hendaklah dirapatkan dan lurus ke arah kiblat.
· Kedua2 belah tapak tangan hendaklah diletakkan sejajar dgn bahu (kadangkala boleh juga meletakkannya sejajar dgn telinga).
· Kedua2 belah siku hendaklah diangkat supaya tdk terkena lantai kerana keadaan itu menyamai perbuatan anjing.
· Seseorang wajib mengenakan 7 anggota sujud ke lantai iaitu, dahi & hidung, kedua2 belah tapak tgn, kedua2 belah lutut, dan hujung kedua2 belah kaki.
. Antara bacaan yg diriwayatkan ketika sujud ialah Subhana rabbiyal a’la (3x atau lebih).
· Sunat memperbanyakkan doa ketika sujud kerana antara sebab doa dimakbulkan ialah berdoa ketika sujud.

14. IFTIRASY (ANTARA DUA SUJUD) & IQ’AA (MENEGAKKAN KEDUA2 BELAH KAKI)

. Duduk antara dua sujud adalah rukun solat.
· Ketika bgn drp sujud, dia hendaklah mengangkat kepala sambil bertakbir (mengucapkan Allahu akbar). Kemudian duduk dlm keadaan tenang.
· Hendaklah duduk di atas kaki kiri yg disimpuhkan. Kaki kanan hendaklah ditegakkan dan jari-jemari kaki kanan dirapatkan dan lurus ke arah kiblat.
· Boleh juga duduk Iq’aa, iaitu dgn menegakkan dan merapatkan kedua2 belah kaki, jari-jemarinya rapat dan lurus ke arah kiblat, kemudia duduk di atas tumitnya.
· Antara bacaan yg dibolehkan ialah Allahummaghfirli warhamni wajburni warfa’ni wa’aafini warzukni. Boleh juga membaca rabbighfirli rabbighfirli….
· Kemudian wajib sujud utk kali kedua disertai dgn takbir.

15. ISTIRAHAH

· Wajib bertakbir apabila bgn drp sujud kedua utk meneruskan rakaat yg seterusnya.
· Sebelum bangun, hendaklah duduk sebentar (istirahah) yakni dgn duduk di atas kaki kiri spt duduk antara dua sujud.

16. RAKAAT KE-2

· Pada rakaat kedua, hendaklah melakukan sptmana rakaat pertama, ttp tdk perlu membaca doa istiftah.
· Seelok2nya rakaat ke-2 dilakukan lbh ringkas berbanding rakaat pertama.

17. TAHIYAT AWAL

· Cara duduk tahiyat awal ialah iftirasy (bersimpuh) spt yg telah dijelaskan. Ttp tdk boleh duduk secara Iq’aa.
· Tapak tangan hendaklah diletakkan di atas paha dan lutut. Hujung siku diletakkan diatas paha dan tdk berjauhan dari lambung.
· Semua jari tangan kanan perlu digenggam kecuali jari telunjuk perlu diarahkan ke arah kiblat. Ibu jari mestilah dirapatkan dgn jari hantu. Pandangan mata mesti ditujukan ke arah jari telunjuk.
· Tahiyat awal hukumnya wajib dan terlepas melakukannya hendaklah sujud sahwi.
· Bacaan tahiyat dan selawat adalah seperti yg telah diketahui umum. Bagaimanapun hadis ttg cara bacaan tahiyat sgt byk. Bolehlah mencari rujukannya sendiri.

18. RAKAAT KE-3 & KE-4

· Ketika bangun drp tahiyat awal, seseorang boleh mengangkat kedua2 belah tangannya semasa bertakbir. Begitu juga ketika berdiri utk rakaat yg ke-4.

19. QUNUT NAZILAH

·

20. TAHIYAT AKHIR

·

21. MENGUCAPKAN SALAM

No comments: