Assalamualaikum..Selamat Datang Ke Blog Saya..Harap Memberi Manfaat Kepada Semua :)

**RIM Memperkenalkan Blackberry Bold 9780**


Selain daripada Blackbery Torch, kini Research In Motion (RIM) memperkenalkan ahli keluarga baru untuk keluarga Bold, iaitu Blackberry Bold 9780, yang mana membawakan rekabentuk perantian sama seperti Blackberry Bold 9700, namun membawakan pelbagai perubahan dalaman, serta didatangkan dengan sistem operasi Blackberry terkini, iaitu Blackberry OS 6.0.
Blackberry Bold 9780
Selain daripada sistem operasi, Blackberry Bold 9780 turut sama membawakan peningkatan pada memori, dimana kini ianya membawakan memori sebesar 512MB, serta kamera 5.0 MegaPixel. Selain daripada itu, ianya masih lagi membawakan fungsi-fungsi lain menyerupai Blackberry Bold 9700, termasuk sokongan WiFi, GPS, 3G HSDPA, dan Bluetooth. Harga dan bila manakah ianya akan didapati di Malaysia masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

No comments: