Bersama-sama dengan pengumuman Android 2.3 Gingerbread, Google turut sama memperkenalkan telefon pintar pertama yang menggunakan sistem operasi tersebut, iaitu Nexus S, yang mana dibangunkan oleh Samsung. Seperti sedia maklum, berita mengenai Nexus S ini telah lama kedengaran, dan kini ianya buat pertama kalinya diperlihatkan sepenuhnya bersama-sama informasi berkaitan dengan spesifikasi dan yang lain-lain.
Nexus S adalah perantian generasi terkini dari Nexus yang dibangunkan bersama-sama oleh Google dan Samsung, dimana perantian tersebut telah disesuaikan dan diintegrasikan sepenuhnya dengan platform Android.
Nexus S didatangkan dengan prosessor 1GHz Humminbird, skrin sentuh seluas 4.0-inch dengan resoulusi (800 x 480), RAM 512MB, dan juga memori terbina dalaman 16GB. Ianya juga didatangkan dengan pelbagai fungsi telefon mudah-alih pintar, termasuk sokongan untuk pelbagai aplikasi Google, sokongan panggilan Internet, sokongan NFC, WiFi hotspot dan pelayaran web sepenuhnya.
Bagi yang gemar merakamkan gambar, Nexus S didatangkan dengan kamera belakang 5.0 megapixel dengan Flash, dan juga kamera hadapan untuk membolehkan anda membuat panggilan video. Sokongan perkara lain yang biasa seperti WiFi 802.11 b/g/n dan Bluetooth 2.1 turut terdapat pada Nexus S.
Dari segi jangka hayat, Nexus S dikatakan menawarkan jangka masa penggunaan bateri yang lebih lama, dimana lebih 6 jam masa bercakap, dan lebih 480 jam masa bersedia. Ianya juga tidak dikunci SIM, membolehkan para pengguna menggunakannya di sebarang negara yang anda berada.
Buat masa ini, masih tiada sebarang pengumuman berkaitan penjualan Nexus S di rantau Asia, namun ianya akan mula dijual di Amerika Syarikat dan di rantau Eropah dalam bulan ini.
No comments:
Post a Comment