Background sesebuah post biasanya akan mengikut default yang telah ditetapkan dalam setting blogger. Tetapi ada satu trick yang boleh digunakan untuk menjadikan background yang berbeza untuk entri yang dikehendaki sahaja.
Contohnya entri ini yang menggunakan background bercorak bunga-bungaan, tidak seperti entri lain yang berlatar belakangkan warna putih sahaja.
Tutorial untuk membuat background untuk post adalah begitu senang.
Apa yang bagusnya adalah, anda boleh pilih gambar apa sahaja yang anda mahu untuk background, dan anda boleh pilih untuk hendak letakkan dalam post yang mana satu untuk blog anda.
Apabila anda login pada blog anda, letakkan kod ini dalam new post anda. (pastikan semasa kod ini di paste, new post anda dalam keadaan 'edit html' bukan 'compose'- ini untuk mengelakkan code warna dicopy sekali.:)
<div style="background:url(Link gambar disini) no-repeat;">
Taip segala entri untuk blog anda disini.
</div>
- Letakkan link gambar pada tulisan biru (kalau anda upload dalam blog kemudian copy url gambar lagi bagus.:)
- jika anda menggunakan gambar bersaiz kecil, sila buang no-repeat.
-Taip apa sahaja entri anda seperti biasa dalam kawasan merah. Atau kalau hendak lebih mudah, buat apa sahaja entri, tetapi ending mesti ada </div>
Itu sahaja.
Apabila anda post anda akan lihat kesannya.
No comments:
Post a Comment