Assalamualaikum..Selamat Datang Ke Blog Saya..Harap Memberi Manfaat Kepada Semua :)

Kerana ayat follow me back,dikutuk kaw2!!

بِسْـــم اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tengah-tengah BW..terkilan pulak yuyue rasa,ada jugak blogger mengutuk blogger yang lain,itu tidak ok,ini tidak ok,and macam-macam lagi la yang boleh membuatkan yuyue MALAS nak follow blog tuh,bukan semua blogger begitu,hanya segelintir sahaja,bila yuyue baca entry tu,yuyue pulak yang terasa,mana tidak terasa,yuyue jugak seorang blogger,kalau blog yang kita tengok tidak ok,apa kata kita TOLONG blogger tersebut memperbaiki apa yang salah atau kurang,jangan lar main hentam..kita bagi TIPS macam mana untuk MENCANTIKKAN BLOG,MENARIK MINAT BLOGGER LAIN,and jugak tips-tips yang berguna untuk blogger tersebut,bukankah itu lebih baik?

Tidak perlu la nak bagi komen tentang ENTRY dia dengan menggunakan ayat yang kurang elok bila dibaca,maaf..bagi yuyue,kita tiada hak untuk mengutuk entry blogger-blogger lain,itu kerana ianya adalah hak masing-masing..(sekurang2nya komen lar kerana anda ingin memberi pendapat,seelok2nya komen yang membina) tidak kisah blog itu bercerita tentang KEHIDUPAN SEHARIAN,CINTA/KEHIDUPAN PERIBADI atau apa sahaja,itu adalah hak blogger-blogger itu sendiri..Dari kita mencari "musuh" dalam dunia blog nieyh,elok lah kita kumpul kawan dimana kita boleh share cerita kita dengan diaorang,itu lebih baik bagi yuyue dari "mengutuk" blogger lain dalam ENTRY/BLOG kita sendiri..kalau betul niat ingin menolong blogger tersebut,lagi elok kita komen terus melalui komen di entry-entry dia,atau dekat chatbox blogger tersebut,cuba bagi pendapat and mybe jugak blogger tersebut berminat and cuba belajar mengubah apa yang kurang,sekaligus mengeratkan lagi hubungan sesama blogger..itu lebih bagus!

Tidak perlu la mengutuk blogger lain hanya kerana blogger tersebut menggunakan ayat "FOLLOW YOU,FOLLOW ME BACK"..bagi yuyue ayat ini tiada salahnya untuk digunakan..bukan kah ayat ini lebih sinonim dengan dunia blogger?sudah adat dalam dunia blogger,walau benci macammana pown kita dengan ayat tu,konon-konon menyampah dengar ayat tu,ianya akan tetap "tertaip"..lagi-lagi kalau blogger baru..SALAH ke?SALAH diaorang nak promote blog diaorang?

jangan MENIPU DENGAN MENGATAKAN KAMU TIDAK PERNAH MENGGUNAKAN AYAT ITU!!..

sememangnya setiap blogger yang HADIR ke blog kamu mengharapkan kamu menjejaknya kembali..BETUL??..kalau pown tidak menggunakan ayag "FOLLOW U,FOLLOW ME BACK",mungkin dengan menggunakan ayat yang berlainan bunyinya,tetapi motif tetap sama,niat tetap sama..tapi SALAH ker??bagi yuyue,apa cara sekalipon kita tinggalkan jejak,walau macam mana ayat sekali pown untuk menarik seseorang blogger masuk ke blog kita,itu TIDAK SALAH...itu adalah hak masing untuk menggunakan sebarang ayat bagi menarik blogger lain ke blog mereka..

kadang-kadang yuyue tersenyum melihat komen berbunyi "saya follow cini,awak mesti follow saya tau!.ehehe :)"..ehehe..yuyue suka,kelakar..mungkin bagi sesetengah orang bunyinya seperti MEMAKSA..tapi kita tidak tahu,mungkin jugak mereka yang tinggalkan jejak seperti itu hanya ingin bergurau.. :)

Yuyue pon bukanlah seorang blogger yang baik,kadang-kadang ada buat silap,kita nie MANUSIA yang akan selalu buat silap,samaada dalam keadaan SEDAR atau TIDAK SEDAR..tidak salah ingin menegur,tapi gunakan ayat,tutur kata yang bersesuaian,jangan pula nanti niat nak menasihati orang laen bertukar menjadi mengutuk orang lain,kalau niat nak tambah PAHALA,nanti bertukar menjadi tambah DOSA...so hati-hati ketika menegur :)

p/s : wahhh!!..panjang lebar pulak yuyue menaip...letih sudaaaaa...itu hanya pendapat yuyue sahaja..jika yuyue ada silap dekat mana-mana,harap boleh maafkan yuyue yerp :)

1 comment:

Cikrosecute said...

betul..tue...sis sokong dengan pendapat yuyue....mungkin blogger lain merasa dia dah top....tu yang dia kutuk orang yang baru dalam dunia blogger nie...biasanya yang baru mesti guna perkataan tue...berharap blognya di follow balik....Sis pun pernah jugak guna perkataan tue...hihihi