Assalamualaikum..Selamat Datang Ke Blog Saya..Harap Memberi Manfaat Kepada Semua :)

KASIH ALYSA (novel yang aku tulis sendiri)

PART 1
Bunyi burung memecahkan hening pagi yang indah,suara emak aku yang tidak henti-henti membebel kerana anak kesayangannya bangun pada jam 7 pagi!!..ehehe..itulah rutin harianku setelah aku habis dari stady,dimana aku telah menamatkan sijil diploma didalam aliran TEKNOLOGI MAKLUMAT di kolej teknologi bestari,bertempat di daerah setiu Terengganu,selama 2tahun setengah.Hampir setiap pagi aku akan termenung di penjuru tingkap berhampiran tepi katil ku,memandang jauh kearah bukit yg tersergam indah di tambah pula beberapa ekor  burung-burung saling bersiulan,ketika itu lah aku akan mula memikirkan akan masa depanku,apakah yang akan menantiku pada esok hari,adakah begini?hanya melakukan hal yang sama yang tidak membuahkan sebarang hasil,sedang aku khayal termenung,tetiba kedengaran suara emak ku.”Alysa!!dah bangun ke belum??..nanti tolong mak sidai baju di hampaian ye..sarapan pun dah siap”..aku yang terperanjat terus menjawab. “dah bagun mak..nanti lepas mandi alysa sidai ye mak”..”potong line betol mak ni,baru jer nak berangan-angan sikit, sebelum mak masuk tengok bilik aku bersepah macam ni,elok aku kemas-kemas dulu”. membebel aku didalam hati..aku tergesa-gesa mengemas tempat tidurku yang agak bersepah,mengibas katil ku yang membela seribu kuman,menyusun bantal-bantal ku yang telah ku cipta beberapa peta dunia diatasnya,setelah siap mengemas,lekas-lekas aku memaut kain tuala yang aku sangkut di penjuru katil,terus aku menuju ke bilik mandi.
Setelah siap mandi,seperti anak-anak gadis yang lain,aku suka memanjakan diri dengan haruman-haruman yang segar,wangi-wangian yang boleh memukau sesiapa sahaja yang melintas dihadapanku.setelah aku sembur wangian dengan sewangi-wanginya,aku turun kedapur untuk mencari jika ada sebarang sarapan untuk aku,aku yang kelaparan kerana dari kelmarin aku tidak sentuh walau sebutir nasi pun terus membuka tudung salji,. “wah..bestnya,nasi lemak plak tu”..aku terus mengambil pinggan serta gelas yang berada tidak jauh dari ku,aku yang seperti kucing kelaparan tanpa menoleh kekiri dan kekanan terus makan tanpa menghiraukan sesiapa,tiba-tiba  seperti suara kucing sayup-sayup kedengaran, “meow..meow..meow..”,terus aku mencari arah manakah suara itu,aku membongkokkan badan ke bawah meja makan,aku lihat ada seekor anak kucing yang sedang lapar menunggu belas kasihan aku untuk diberi makan,.”hey kucing,kau lapar ye,nanti lepas aku makan,aku bagi sisa makanan aku ea”..kucing itu terus mengesel-geselkan tubuhnya yang montot pada kaki aku,seperti kucing tersebut berterima kasih padaku, “meow..meow..meow” .aku tersenyum seorang diri,setelah selesai makan,aku gaul-gaulkan tulang-tulang ikan dengan nasi yang berlebihan tadi,aku capai mangkuk yang mak aku selalu guna untuk memberi kucing makan, “kucing!!oo00oo kucing..mana kau pergi ni??..meh makan meh”.. “meow..meowww~~”..kucing tersebut seperti memahami apa yang aku cakapkan..”nah,makan kenyang-kenyang ye”bisik aku lagi.
Setelah selesai memberi makan kucing,aku terus kesinki untuk membasuh pinggan serta gelas yang baru jer aku gunakan tadi,aku basuh sebersih-bersihnya,aku susun diatas rak pinggan serapi-rapi mungkin,setelah selesai ,Aku bergegas ke bilik air,dan terus mangambil baju yang telah siap diperah airnya,yang tinggal Cuma untuk disidai sahaja.”wow..banyaknya baju nak kene sidai,baju untuk sebulan ker per ni?”keluh aku seorang diri,keluarga aku hanyalah sebuah keluarga yang sederhana,tidak mampu untuk membeli sebuah mesin basuh,mencuci baju dengan tangan lebeyh bersih.sebelum turun ke tempat hampaian  di halaman rumah,aku memaut sehelai tudung di tepi tinggkat berhampiran muka pintu depan,”lau tak pakai tudung,t berleter plak orang tua tu”bisik aku perlahan-lahan,kami adik beradik memang di didik untuk memakai tudung sebelum keluar rumah,walaupown tempat yang dituju itu hanyalah halaman rumah kami.aku perlahan-lahan turun mengira anak tangga menuju ke hampaian,helai demi helaian aku sidai dengan rapi,kelihatan emak sedang membakar sampah dihujung halaman rumah.sedang aku menyidai kain,adik perempuanku bergegas balik kerumah seperti dikejar anjing,”akak!!..akak!!,ada surat untuk akak”..aku yang terpinga-pinga lantas bertanya,”surat?dari siapa?”.lalu adik aku menjawab pertanyaan aku. "entah la kak,tapi surat ni dihantar atas nama akak”,aku menghampirinya,”meh sini akak tengok”,memang terpampang nama aku di atas surat tersebut.
NUR ALYSA BINTI MOHD JOHARI
41-JALAN BUNGA RAYA LORONG 4,
23100, DUNGUN,TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN.

Aku membuka surat berkenaan dengan penuh debaran,”surat apa la ni”bisik ku dalam hati,dengan hati yang berdebar-debar,perlahan-lahan aku membuka lipatan demi lipatan surat tersebut,dan isi tersebut berbunyi “ANDA DIMINTA HADIR KE SYARIKAT KAMI BAGI MENJALANI SESI TEMUDUGA BAGI JAWATAN PEMBANTU SETIUSAHA PADA HARI ISNIN IAITU BERTARIKH 23/10/2010,BERTEMPAT DI BATU CAVE,KUALA LUMPUR YANG BERALAMAT DI BLA..BLA..BLA..”..”Alhamdulillah,inilah yang aku nanti-nantikan”bisik aku lagi,setelah habis belajar,apa yang bermain di benak fikiran ku hanyalah ingin bekerja bagi membantu emak aku yang selama ini telah menanggung segala pembelanjaan aku sepanjang aku berlajar,ayah sudah lama meninggalkan kami.walaupown ketiadaan suami disisi,emak sentiasa kuat untuk mencari duit untuk mencari sesuap nasi serta perbelanjaan sekolah kami adik beradik.sejurus selepas aku bukak dan mengetahui isi kandungan surat tersebut,aku bergegas mencari emak yang sedang asyik menyapu halaman rumah, “mak!!!..mak!!”,emak aku  terpinga-pinga kehairanan menyahut pangillanku, “ye alysa,ada apa?.apa yang bising sangat tu?”aku terus berlari menghampirinya lalu menunjukkan surat tersebut.”surat apa ni alysa?surat dari kolej minta hutang? “aku tersenyum mendengar pertanyaan emak,iya la..orang susah seperti kami memang sangat susah hati bila surat dari kolej atau university menghantar “surat cinta” meminta kami membayar hutang-hutang tersebut,bukan kami mengelak untuk membayar hutang,tetapi keluarga kami kesempitan duit,aku ada membuat rayuan bagi menangguhkan bayaran balik hutang kolej,tetapi sepertinya tidak diambil peduli, “surat cinta” tetap jugak sampai kerumah kami,.aku menjawab pertanyaanya, “surat dari syarikat periklanan mak,mak ingat tak alysa pernah pos resume beralamat di kuala lumpur minggu lepas?ni surat dari syarikat tu la mak,alysa diminta datang untuk sesi temuduga”.terang aku pada mak tentang isi kandungan surat tersebut diselang selikan dengan senyuman kegembiraan,.emak aku bertanya lagi “bila hari temuduga tu?”..aku yang terlalu teruja sehingga terlupa tarikh sesi temuduga tersebut,lalu aku buka balik lipatan surat tersebut sambil mencari tarikh sepatutnye aku pergi temuduga,. “ni ha mak,23hb 10,minggu depan ni mak”.lalu emak aku berkata. “alhamdullillah,jangan terlalu gembira alysa,ni baru temuduga,belum tentu kamu akan dapat jawatan tu,ingat alysa,selepas solat jangan lupa berdoa pada ALLAH S.W.T,minta supaya DIA mempermudahkan segala urusan,minta supaya pintu rezeki terbuka luas,sentiasa solat hajat,insyaallah kalau kita sentiasa meminta padaNYA,ALLAH S.W.T akan memakbulkan doa kita,ingat tu alysa”..aku tersenyum lalu berkata. “baiklah emak,alysa akan sentiasa mengingati pesanan emak,emak jagan risau ye,emak pun doakan lah moga alysa dapat pekerjaan tu ea mak,lagipun alysa nak tolong mak.ehehe”tegas aku lagi sambil mencubit kedua-dua belah pipi emakku,emakku hanya tersenyum tanda memberi sokongan.baru saja hendak melangkah,adik bongsuku tirah datang menyerpa. “akak,t lau dah dapat kerja tu,leyh lar akak salu bagi duit belanja kat tirah kan?belikan basikal,belanja aiskrim..kan2x??”sampuk adikku,. “ewah-ewah,belum apa-apa lagi dah mintak-mintak ea,siapa nak bagi adik duit belanja?siapa nak belikan adik basikal?g jalan kaki jer pergi sekolah,lagipun bukan jauh sangat sekolah dengan rumah kita”.usik aku pada adik bongsuku tirah,dia hanya membuat memek muka merajuk.. “elok lar tu buat muka macam tu,muncung tu panjang boleh ikat 14”usik aku lagi..tiba-tiba kedengaran suara sayup-sayup dari arah penjuru rumah.. “alysa…jangan diusik adik tu,nanti menansis pulak”,tegur emak aku dengan tegas..aku hanya terdiam lalu tersenyum melihat gelagat adikku yang sedang merajuk.. “ele..merajuk jer keje ea..werrrkkk~~”aku sempat mengusiknya sebelum aku bergegas masuk kedalam bilik sambil tangan aku memegang surat temuduga tadi..

Aku terus masuk ke bilik dan terus membuka almari usag aku yang selama ini telah berkhidmat sebagai “penjaga”  baju-baju  aku,.. “ (lom siap agy)




....... akan aku sambung selepas ini.......

1 comment:

BuDaK cOmOt said...

menarik.....cepat² siapkan sambungan okay!