Assalamualaikum..Selamat Datang Ke Blog Saya..Harap Memberi Manfaat Kepada Semua :)

++ Biodata Maher Zain, serta Kisah Gelap Maher Zain ++

Aku tahu korang minat MAHIR ZAIN an??so sekarang aku sediakan serba sedikit tentang mahir zain nieyh..jomm laaayyyaaannnzzz....

Maher yang popular menerusi lagu Insha Allah, Thank You Allah dan Baraka Allahu Lakuma mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat rekod jualan Platinum sekitar 25,000 unit apabila album pertamanya, Thank You Allah berada di pasaran Malaysia sejak Mei lalu.

Maher Zain graduan jurusan Kejuruteraan Penerbangan ini memilih untuk membabitkan diri dalam dunia muzik selepas menamatkan pengajian.
Dia pernah melalui kehidupan gelap kerana terjebak dengan pelbagai gejala negatif disebabkan tersilap memilih kawan. Namun, mujur Tuhan masih lagi memberi petunjuk untuk berubah.




“Tiga tahun lalu, saya pernah melalui kehidupan yang tersasar daripada landasan Islam. Saya banyak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama seperti berhibur di kelab malam dan minum arak.


“Apa saja perkara yang selalu dilakukan demi keseronokan selain dipengaruhi sikap nakal bagi anak muda zaman sekarang, menguasai diri saya. Ketika itu, saya sering bertengkar dan bergaduh dengan rakan.


“Begitupun, saya bersyukur kerana diberi hidayah dan tersedar daripada lamunan bahawa saya sudah tersasar jauh daripada tuntutan Islam. Sejak itu, saya menjadikan muzik sebagai sumber untuk mendekatkan diri dengan Islam.


“Selepas mendapat peluang bekerjasama dengan rakan produser, RedOne, akhirnya saya berpindah ke New York. Ketika pulang ke Sweden untuk lawatan jangka pendek, saya berpeluang bertemu beberapa rakan di masjid yang turut menjadi pendorong untuk saya berkarya dalam muzik.


“Pada pandangan saya, muzik sebahagian daripada kehidupan harian kita. Ketika mempelajari mengenai Islam dengan lebih mendalam, saya mendapat inspirasi mencipta lagu. Saya juga mahu menjadikan lirik lagu yang dihasilkan ini sebagai inspirasi kepada pendengar.


“Tidak hanya kepada masyarakat Muslim, malah bukan Muslim juga dapat menerima melodi lagu yang cuba saya sampaikan. Konsep yang cuba saya ketengahkan menerusi muzik cukup mudah, ringkas dan mempunyai melodi catchy,” katanya.


Biarpun mengakui perjalanan dalam bidang seni masih baru bermula ­dengan beberapa perancangan sedang giat ­dijalankan, artis bernaung di bawah syarikat rakaman antarabangsa Awakening Records ini berharap penampilan bersama album solo dapat diterima semua peminat muzik.


Tanpa mempunyai sumber inspirasi tetap, dia mengakui banyak mempelajari melodi muzik daripada produser berpengalaman seperti RedOne yang pernah berkerjasama dengan bintang Hollywood seperti Lady Gaga dan Kat Deluna.


Menurut Maher, membesar dalam persekitaran dunia Barat cukup mencabar, malah sentimen seperti Islamofobia yang merujuk kepada prasangka dan ­diskriminasi pada Islam dan Muslim tetap ada di mana-mana. Namun terpulang kepada cara individu atau masyarakat yang menilainya.


“Saya melihat perkembangan Islam di Sweden semakin kuat. Tidak ada unsur diskriminasi atau paksaan. Masyarakat diberi kebebasan untuk menuntut ilmu. Hampir setiap minggu, ada sahaja program atau ceramah yang diadakan di masjid. Ajaran Islam cukup menarik dan agama yang lengkap.”


Biodata Maher Zain


PROFIL
Nama sebenar: Maher Zain
Tarikh lahir: 1982
Tempat lahir: Lubnan
Umur: 28 tahun
Status: Berkahwin
Kerjaya: Penyanyi, pemuzik
Genre: R&B, Soul, World Music, akustik
Label: Awakening Records
Album: Thank You Allah (2009)
Pencapaian: Lagu Keagamaan Terbaik 2009 (Ya Nabi Salam Alayka) dari Nujoom FM (stesen radio terbesar Mesir)

No comments: