Assalamualaikum..Selamat Datang Ke Blog Saya..Harap Memberi Manfaat Kepada Semua :)

Cubaan Culik: Budak 12 tahun Lepaskan Diri Terjun Dari Motorsikal Penculik

Photobucket



Semakin banyak pulak kes-kes penculikan dan rompakan yang berlaku.  Keberanian seorang murid tahun enam melompat dari motosikal penculiknya telah menyelamatkan dirinya dari dilarikan oleh seorang lelaki dalam kejadian di Taman Melewar, dekat Gombak dalam kejadian pukul 6 petang.
Menurut bapanya, Mohd Sharbi Kamaruzzaman, selepas menyelamatkan diri, anaknya menemui seorang rakannya di Kampung Padang Balang yang kemudian menghantar Mujahid kepadanya yang ketika itu berada di Taman Melewar.
Mujahid sedang berjalan kaki dari rumahnya ke padang bola di taman itu apabila tiba-tiba seorang lelaki, dipercayai keturunan India menariknya menaiki motosikal dan memecut ke arah Kampung Padang Balang dari rumahnya ke padang bola.
Kanak-kanak tersebut terjun dari motosikal ketika melalui jalan berbukit di persimpangan jalan Kampung Padang Balang-Jalan Kampung Bandar Dalam, kira-kira satu kilometer dari lokasi dia diculik, di Jalan Marmar 1, Taman Melewar.
Selepas menyelamatkan diri, anaknya menemui seorang rakannya di Kampung Padang Balang yang kemudian menghantar Mujahid kepadanya yang ketika itu berada di Taman Melewar.
Bagaimanapun, anaknya tidak dapat memastikan jenis dan nombor motosikal berkenaan. Beliau juga telah membuat laporan kejadian di Balai Polis Setapak.

                      7 Reasons Sex is Also Good For Health

No comments: