Assalamualaikum..Selamat Datang Ke Blog Saya..Harap Memberi Manfaat Kepada Semua :)

++Tips Dating++



Keluar dating mungkin sudah menjadi kemestian kepada pasangan yang sedang bercinta. Bila keluar dating mesti dapat melepaskan kerinduan untuk berjumpa pasangan masing-masing. Apatah lagi jika pasangan yang tinggal berjauhan. Semestinya pasangan jenis ini akan keluar bersama jika mereka mempunyai kesempatan.
Tapi bagaimana untuk kita membuatkan dating kali ini ialah yang terbaik dan tidak membosankan. Ada beberapa tips yang ingin dikongsikan disini :

1. Pemilihan lokasi

Pemilihan lokasi untuk keluar dating amat penting sekali. Ini kerana pasangan selalunya akan ingat dengan jelas setiap detik bersama terutamanya ketika keluar dating. Bagi yang baru kali pertama keluar dating, cuba elakkan dating di panggung wayang. Ini kerana tempat itu boleh membataskan perbualan anda dengan si dia. Sepatutnya anda memilih tempat yang anda boleh berbual dan mengenali satu sama lain untuk kali pertama.

2. Jaga tingkah laku

Cuba berlaku sopan dan ambil berat akan pasangan anda ketika keluar dating. Cuba buat pasangan selesa dengan tingkah laku anda. Layan pasangan anda sebaiknya seperti membukakan pintu kereta untuknya atau tarik kerusi dan biarkan dia duduk dahulu.

3. Tingkatkan keyakinan diri

Jadi diri anda yang sebenar. Jangan gugup atau gementar apabila berbual dengan pasangan anda.

4. Jaga perbualan dan tutur kata anda

Jangan menceritakan sesuatu mengenai kerjaya atau apa yang tidak difahami oleh pasangan anda. Ini boleh membuatkan dia berasa bosan dan menyangka anda jenis yang bangga diri. Cuba tanya tentang diri pasangan anda dan selitkan sedikit puji-pujian. Jika boleh jangan gunakan bahasa yang kasar kerana cara bercakap menunjukkan identiti seseorang.

5. Beri hadiah

Jika anda mampu dapatkan hadiah yang simple untuk pasangan anda. Tidak perlu untuk berbelanja besar untuk hadiah, cukup sekadar sekuntum bunga atau coklat untuk pasangan anda. Ini menunjukkan anda menghargai pasangan anda.
Cuba beberapa tips ini untuk membuatkan pasangan anda sentiasa mengingati detik ketika keluar dating dengan anda

No comments: