Assalamualaikum..Selamat Datang Ke Blog Saya..Harap Memberi Manfaat Kepada Semua :)

Audition dance kat farley

Photobucket


Hari sabtu ni di farley akan mengadakan satu auditio dimana mencari bakat nyanyian,menyanyi,silap mata dan sebagainya...dan hasben aku pulak ambil bahagia tarian..salunya dia akan mengambil bahagian group..tapi kali ni dia ambil secara solo..ye lah semua kawan2 dia bz je...ada yang bekerja..ada yang dah berkahwin..semuanya tak dapat nak focuskan pada bidang tarian lagi..sekarang ni hanya suami aku je yang aktif dalam bidang tarian dan aku sebagai isteri aku sentiasa memberi sokongan 100%

so good luck sayang..do your best!!!!!



Majlis Akad Nikah Adik Ipar

Photobucket
Semua sahabat dan ahli keluarga terkejut dengan khabar bahawa adik ipar aku ROSLAN nak kahwin..ye lah.tup tup tetiba akap nak kahwin..rupanya lan ada niat nak ajak makwe dia tu pergi selangor untuk sama-sama mencari kerja..sebagai ibu kepada seorang anak perempuan,manakan mahu melepaskan anak perempuannya bersama seorang lelaki tanpa sebarang ikatan kan?...so mak perempuan memanggil lan untuk berbincang tentang hal tu..bincang punya bincang,akhirnya kata sepakat untuk kahwinkan mereka berdua..ye lah..nak ke selangor dah tak lama..so kene lah kahwin cepat2 kan..so acara akad nikah diadakan...waaaalllllaaaahhh...cantik dan hensem pengantinnya..jom kite lihat...
dia punya sengeh..ye lah..belum bersua muka dengan tok kadi kan..senyum lahh...nanti pandai pucat muka macam takda darah..hahahaha :p
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..sekali lafaz AKHMA sah menjadi isteri kepasa ROSLAN..moga kekal ke anak cucu ye...yang comel2..kekekeke
lepas dah akad nikah..majlis persandingan pula..jom ushar gambar mereka...
moga berkekalan till jannah ye :)

Romantik itu perlu dalam sesebuah hubungan

Photobucket 

Assalamualaikum semua...dah lama rasanya aku tak update blog ni,rindu pun ada rasanya..hehehhe...apa khabar semua?sihat?harap korang semua berada dalam keadaan sihat hendaknya..malam ni rasanya aku nak share satu isu ni..dimana isu ini sering diketengahkan bagi mencari kesempurnaan dalam sesebuah hubungan..iaitu ROMANTIK ITU PERLU

Wahhh..tajuk bukan main lagi ye..hehehe...romantik..siapa yang tak suka kalau pasangan dia seorang yang romantik kan..kalau lelaki memang lah tak suka sangat kalau dapat perempuan yang terlebih romantik..nanti dia fikir kita ni mengada-mengada pulak..hahaha...lain kita perempuan kan..kalau boleh nak je pasangan kita tu 24 jam romantik..langsung takda rasa rimas..makin suka adalah kan...hehehe

Dalam sesuatu hubungan itu penting ada TOLAK ANSUR..dalam hal ni memang tak boleh disangkal lagi memang perlu sangat lah kan..tanpa tolak ansur sesama sendiri memang boleh berlakunya "adengan-adengan"yang tak diingini..cube lah kalau salah sorang bertolak ansur..pastinya "adengan" tu tak akan berlaku..cube lah setiap kali bersama terapkan elemen romantik..haa.tak ke bahagia rasa???hehehe...kalau dua2 nak berkeras..dua2 ego sama tinggi memang tak kemana lah jawabnye...

Bila pasangan kita merajuk..pujuk lah dia...tak perlu nak panjang berjela reka ayat..cukup lah sekadar mengeluarkan ayat "MAAFKAN SAYA"..tu pun dan boleh mengubat hati pasangan..jangan lah pulak bila pasangan merajuk kau kata "LANTAK KAU LAH..MERAJUK LAH KAU SORANG2"...memang "GO" lah jawabnye..hahaha..

ini pengalama aku sepanjang aku bergaul dengan orang sekeliling aku..aku pun dah berkahwin..suami aku memang KAKI ROMATIS habis lah..hahaha..sebab tu kami jarang sangat bergaduh...dia jenis yang banyak mengalah...suka buat aku tersenyum...romantik dia tu biar aku je lah yang tahu..tak payah nak bagitahu...hahahahaha..korang kahwin lah n rasa sendiri romantiknya suami kau lepas kahwin..HALAL lagi tu..setiap perbuatan romanti tu semuanya PAHALA kau taaaaauuu...hahaha...

so sebab tu aku kata...ROMANTIK tu perlu dalam sesuatu hubungan..tak payah nak simpan ego tinggi menggunung akhirnya hubungan tak kemana...kalau betul sayang..MENGALAH...mengalah bukan bererti kita KALAH/SALAH...sebab sayangkan hubugan kadang kala kita kene mengalah...ego tolak tepi...tak pun buang terus...tapi jangan lah buang semua ego sampaikan orang kata "kau bagaikan lembu dicucuk hidung"...dah macam kene santau IKOT je apa kata dia..TAK..bukan macam tu...cuma kalau boleh elakkan dari bergaduh lama-lama..lagi2 bergaduh tentang sesuatu hal yang kau rasa TAK PERLU DIPERBESARKAN pun masalah tu..slow talk..duduk berbincang..dari hati ke hati..insyaALLAH semua akan baik2 sahaja


WALLAHUALAM..selamat malam..ni je aku nak kongsikan dengan korang malam ni sebelum tido...kekeke...assalamualaiku

Yeah!!! champion RPA GOT TALENT!!!!

Photobucket

Alhamdulillah...segala debaran berhenti dan digantikan dengan perasaan yang sangat HAPPY dan rasA BANGGA dengan pencapaian dia..TAHNIAH sayang.. IM PROUD OF YOU.. :*

Ni adalah pertandingan yang dianjurkan oleh pihak RPA (Rajang Port Authority) UNTUK mencungkil bakat-bakat terpendam pekerja2 mereka...dan suami saya mencuba nasib masuk pertandingan tu,dan ALHAMDULILLAH jadi pemenang!!!!..jeyeeeeaaaahhhhh!!!..hehehehee...

dapat piala disalut EMAS..dapat hadiah WANG TUNAI lagi...alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..sesungguhnya ALLAH S.W.T sentiasa mendengar luahan hati hamba-hambanya :*


love you!!!!

Update!!!! SERLAHKAN BAKAT NYANYIAN DI AKZ 2015

Photobucket




Siapa yang ada bakat menyanyi tu,yang salunya berlagu dalam jamban sambil mandi ke,kakak2 yang suka menyanyi sambil basuh baju tu,meh Daftar AKZ Idol ,Pendaftaran Kini Dibuka,,
Di Bawakan Oleh Aeon Co (M ) Bhd
- di pentas utama AEON AKAR KITA ZAPIN peringkat Zon timur yg diadakan di AEON MALL SERI MANJUNG LUMUT PD 24 Mei 2015

Syarat penyertaan:
Penyertaan adalah TERBUKA & TERHAD
Peserta wajib menyanyikan 1 lagu solo bebas
Yuran adalah RM50
Setiap peserta yang berdaftar akan dapat Sijil penyertaan & Tshirt Eksklusif AKZ
JUARA ZON AKAN MEWAKILI ZON KE PERINGKAT KEBANGSAAN YG AKAN BERADA DI AEON MALL CHERAS SELATAN PD 16 OGOS 2015..

Hadiah zon : Juara/Kedua/ketiga 
Hamper, brgan AEON, Sijil

Hadiah Kebangsaan : Juara
Wang tunai, hamper, brg AEON, Sijil dan diangkat menjadi IKON 2016 serta Artis dibawah Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd..

Kedua & ketiga
Wang tunai, hamper, brgan AEON, Sijil

Ke4 & ke5
Hamper, brgan AEON & Sijil

Daftar ke 0123807004 call/whtsApp..service 24/7
Tarikh tutup penyertaan 20 Mei 2015

Petua kecantikan wajah

Photobucket



1. Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

2. Menghilangkan Tahi Lalat
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!


3. Bibir Merah Semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.


4.
 Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.


5. Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.


6.
 Naikkan Seri Wajah/Muka 
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu.....


7.
 Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.


8. Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.


9.
 Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.


10.
 Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.


11.
 Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan s apukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.


12.
 Memerahkan Bibir

Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih


13.
 Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Caranya mudah saja...ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada bua h keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.


14. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak
 
1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.


15.
 Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.


16.
 Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.


17.
 Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat 

Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin mengamalkannya. ..Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.


18.
 Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.


19.
 Muka Berseri

Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.


20.
 Sentiasa Muda

Ramai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda


21.Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.

22. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.

23. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

24. Muda Jelita Sentiasa

Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan d apat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.

25. Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

26. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya d an sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah... ...lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

27. Memutihkan Kulit Muka

Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

28. Menghaluskan Kulit Muka

Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda

Khasiat air limau nipis.

Photobucket


Limau nipis sangat banyak kegunaannya sama ada untuk makanan dan minuman,ia juga untuk merawat berbagai penyakit,
1. Merawat penyakit Darah tinggi.
Caranya;Ambil sebiji limau nipis dan perah airnya dicampurkan dengan segelas air dan gula secukup rasa,
Minumlah setiap pagi dan petang, lakukan sehingga darah tinggi anda akan beransur turun.Inshaallah penyakit itu akan sembuh.
2. Menurunkan berat badan.
Amalkan setiap hari meminum air perahan limau nipis dua biji sehari,nescaya berat badan puan akan berkurangan amalkan selama sebulan,INshaallah akan nampak perubahan pada bentuk badan anda.
3.Untuk suara menjadi merdu.
Ambil sari air limau purut dicampurkan dengan sedikit kapur sirih,madu satu sudu teh dan sebuku garam kasar,campurkan semuanya dan minumlah seminggu sekali,Inshaallah anda akan dapati suara anda bertambah sedap dikala bercakap, membaca Al-Quran,berazan,berzanji dan menyanyi.
4. Mengatasi kurang darah.
Sediakan sebiji kuning telur,sesudu madu,air limau nipis sebiji,segengam daun bayam merah yang terlebih dahulu ditumbuk dan diperah airnya,campurkan semua dan minumlah setiap pagi dan petang,Inshaallah dalam masa tiga hari puan akan nampak lebih sihat dengan wajah kemerahan.
5. Mengempiskan perut.
Digunakan masa pantang atau memang perut itu sedia lama buncit,maka bolihlah gunakan petua ini,
Ambil air perahan limau nipis dicampurkan dengan kapur sirih dan minyak kayu putih, campurkan semuanya dan disapu pada bahagian perut dan pinggang,belakang serta paha,
Bolih juga digantikan dengan campuran kapur sirih dengan asam jawa,selamat mencuba.
6. Melembutkan tangan dan muka.
Ambil air perahan limau bersama-sama keratan buah limau nipis itu dan tenyehkan atau sapu pada bahagian muka,terutama wajah yang berminyak dan pada tangan anda, biarkan sepuluh minit ,cucilah dengan air bersih,puan akan dapati tangan bertambah lembut dan wajah pun demikian hingga tidak berminyak lagi padanya.
Puan juga bolih gunakan mentimun yang dicincang halus,parutan kentang,putih telur ,sapulah seperti cara tadi.
7. Kalau batuk kuat.
Kalau puan batuk amat kuat dan telah hampir dua minggu ,tapi tidak juga sembuh walaupun telah makan ubat hospital,bolihlah gunakan petua ini;
Ambil air perahan limau nipis dicampurkan dalam air suam dengan sebuku garam kasar serta secamca madu asli.minumlah setiap kali rasa hendak betuk,bila lepas makan pula kumurlah dengan air yang bercampur air limau nipis , Inshaalah dalam masa sehari sahaja puan akan nampak keberkesanannya itu,dalam masa tiga hari batuk itu akan hilang.
8. Ramuan memulihkan syawat. 
Limau nipis dan airnya juga bolih memulihkan syawat hanya mencampurkan dengan sebiji telor ayam kampung yang dimasak tiga suku masak,masukkan serbuk lada, dan makanlah pada waktu pagi selang sehari,selama seminggu, INshaallah puan dan tuan akan terasa nikmatnya.
9. Ramuan mandi.
Untuk ramuan mandi bunga,atau mandi biasa bolih gunakan perahan air limau nipis,sementara buahnya dibelah dua dan digosuk pada badan yang berdaki atau gatal, Inshaallah badan puan akan berbau harum,bersih dan segar

SELAMAT HARI BU SEDUNIA

Photobucket


gambar bersama ketika sambut hari raya tahun 2014


umi dan abi bersama cucu-cucu nya..hehehe


Assalamualaikum dunia..assalamualaikum semua..hari ni..esok..dan seterusnya..juga hari2 sebelumnya sememangnya setiap hari adalah hari ibu...SELAMAT HARI IBU SEDUNIA..kepada semua ibu-ibu..terutama sekali umi tercinta Raja Wok binti Raja Omar , SELAMAT HARI IBU umi..terima kasih atas segalanya...atas didikan yang diberi...menjaga makan minum pakai sedari kecil hingga dewasa...pengorbanan seorang ibu dari mengandung hingga melahirkan ku adalah pengorbanan terbesar seorang ibu,aku pun dah jadi ibu..aku melaluinya..merasa..betapa besarnya pengorbanan seorang ibu...mengandung 9 bulan,menahan rasa sakit nak melahirkan..ketika itu aku hanya ingat satu "UMI,beginikah rasanya dia ketika mahu melahirkan aku...beginikah rasa sakitnya nak melahirkan aku...UMI..maafkan salah dan silap along sepanjang hidupku"

Ketika mengandung aku selalu bertanya sendiri
" umi,beginikah rasanya ketika mengandung?happy sangat...rasa bahagia,ada baby dalam perut along,setiap pagi along pegang perut along..rasa happy sangat...

dah masuk 5 bulan,baby mula bergerak
"umi,beginikah rasanya bahagia bila umi merasa pergerakkan along dalam perut umi,macam baby along sedang bergerak dalam perut along sekarang,rasa bahagianya ALLAH S,W.T je yang tahu...terasa baby ke kiri,ke kanan,rasa di tendang,tak sakit pun,cuma rasa ngilu..hehehe...seronok,aktif...mesti ini lah bahagia sebenar2nya kan umi?"

dah masuk 8 bulan
"umi,ketika along dah 8 bulan dalam kandungan,mesti umi dah bz belikan baju baby untuk sambut kelahiran along kan?,duit disimpan secukup2nya untuk pembiayaan hospital,untuk baju,susu along nanti,macam along jugak masa baby aisyah dalam kandungan dah masuk 8 bulan,masa tu along bz siapkan semua benda..mesti umi pun maca along,xsabar rasanya tunggu kelahiran anak pertama,perempuan pulak tu...hehehe..kita sama2 melahirkan anak sulong perempuan,.."

dah fasa akhir,fasa melahirkan,9 bulan+
"Umi,beginikah rasanya sakit nak melahirkan?,sakit...berdenyut2 je pinggang along,tak dapat duduk,tak dapat baring,nak berjalan pun bongkok je badan kerana menahan sakitnya pinggang ni,mesti umi pun merasa yang sama ketika mengalami sakit bersalin kan?..YA ALLAH...masa tu aku cuma terfikirkan umi je..sebak...bukan sebak menahan sakit tu je..tapi sebak mengenangkan pengorbanan umi aku sepanjang menahan sakit bersalin,tapi ALHAMDULILLAH..berkat solat hajat umi dan abi,doa ibu dan ayah mertua,aku selamat melahirkan seorang puteri bernama NUR AISYAH,.semua sakit hilang bila doc perempuan tu angkat baby dan tunjuk kemaluan baby kat aku..dia tanya "sedar tak ni?cuba tengok ni anak lelaki atau perempuan??? aku jawab "alhamdulillah perempuan"...doc tu cakap "bagus la masih sedar,alhamdulillah"...setelah itu,terasa jahitan demi jahitan,aku rasa ianya normal bagi orang bersalin normal,ada sedikit jahitan,tapi semua sakit tadi hilang setelah mendengar suara tangisan puteri aku,dalam hati "begini lah rasa syukur dan teramat bahagia yang dirasa umi aku bila mendengar tangisan aku kan?"
Umi,sekarang anak along dah 1 tahun 3 bulan,cepat je masa berlalu kan?tapi setiap kali along tengok wajah aisyah (seiras aku masa kecik).along selalu teringatkan sakit dan lelah umi dan abi membesarkan along..TERIMA KASIH umi...SELAMAT HARI IBU...along sayang umi(Raja Wok) dan abi( Mustafa Mansur)..terima kasih wink emoticon

Lets go to jannah together

Photobucket


Apabila telah selesai pemilihan yang berasaskan agama, hampir sempurnalah langkah-langkah yang menuju ke alam perkahwinan sesuai dengan ajaran Islam.

Seterusnya, mulalah kita membangunkan rumahtangga muslim di atas asas yang teguh. Asas ini akan merealisasikan kemantapan, ketenangan dan kebahagiaan yang sejati yang selama ini dicari-cari oleh banyak keluarga pada zaman ini. Kebahagiaan itu bukan dari luar diri, tidak pula dapat dicari dengan harta, tempat kediaman, pakaian dan dengan segala perhiasan rumahtangga.

Kebahagiaan diperolehi dari dalam diri sendiri, dari perasaan takwa kepada Allah, kerana Allahlah yang mengurniakan kebahagiaan, yang memberi mawaddah dan rahmah cinta dan kasih sayang di antara suami isteri. Allah berfirman:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” [Ar-Rum,30:21]

Kita tidak memandang kebahagiaan itu di dalam harta yang banyak, akan tetapi orang yang bertakwa itulah orang yang berbahagia.


 
Read more: http://akademibaitulmuslim.com/kebahagiaan-rumahtangga-yang-di-cita-citakan/#ixzz3ZWKs3aCV

Kesayangan saya

Photobucket


Macam biasa..ada kala nya dia kena keja malam..jadi tinggal lah aku dan baby aisyah di rumah... "RINDU..MISS YOUU"

Rindu rasanya tak dapat tatap mata dia beberapa jam ni (alamakaiiiiii..hahaha)...korang belum kahwin..apa korang tahu..orang yang dah kahwin je tahu rasa rindu ni ha..mana nak sama rindu masa kapel dulu kan..hihihi...dalam pukul 11 dia balik..tak sabar rasanya menunggu kepulangan suami tersayang,,

Sementara tunggu dia balik di ruang tamu,dan sementara baby aisyah dah tidur ni,aku layan drama je lah dulu..IKLAN tv 3 yang senangsentiasa PANJANG LEBAR...hahahaha...tv 3 ni memang WIN la dengan iklan dyeorang yang lama-lama tu kan..


ohhhh sayang..bz ke sekarang?? terlalu banyak kerja ke? rindu sungguh rasanya hati ini..meluah kat sini je la...nak meluah chat dia nanti dia cakap "MANJA" pulak...alah..macam la tak biasa kan....kakakakakaka...oh sayang...cepat lah siapkan kerja dan balik la cepat dengan selamat


rindu pulak nak tengok awak menari sambil pasang lagu kuat2..ye la..menari tu kan memang minat sayang...ehhh...gila bayang ke ape aku ni pulah haaa..hahahaha...ok lah...tunggu je lah dia balik...lagi 1 jam..sayaaaaannnggggg aaaaa..kekekeke






Bedak sejuk dengan limau nipis

Photobucket

Limau Nipis


Bedak sejuk



Cara-caranya:


First, potong limau nipis kepada dua bahagian, then perah 1/2 bahagian tu ke dalam bekas.


Lepas tu, ambil lebih kurang 3 atau empat biji kecil bedak sejuk tu, dan hancurkan kat dalam bekas yang ada perahan limau nipis tu. 


kebaikan limau nipis ni ialah:

1. menyingkirkan sel kulit mati – Apabila korang menggosokkan kulit dengan menggunakan limau nipis, ia sebenarnya dapat membantu untuk menanggalkan sel kulit mati yang masih melekat pada tubuh.


2. Mengurangkan kedutan – Khasiat limau nipis juga dapat membantu sebagai bahan awet muda terhadap kulit.


3. Melembapkan kulit -Sekiranya korang mempunyai masalah kulit kering , cubalah rawatan yang menggunakan limau nipis pula. Ini kerana khasiatnya mampu untuk membantu melembapkan lagi kulit korang.

4. Menghilangkan masalah kelemumur – Limau nipis bukan sahaja baik untuk kulit biasa sahaja, tetapi ia juga berkhasiat terhadap kulit kepala korang. Khasiat yang berada didalamnya dapat membantu untuk menghilangkan masalah kelemumur.


5. Menyegarkan lagi kesihatan kuku – Sekiranya kuku korang direndam didalam jus limau nipis, ia dapat membantu untuk menyinarkan lagi kilauan kuku korang. Selain daripada itu, khasiat yang berada didalam jus limau nipis juga dapat membantu untuk rawatan kuku seperti masalah cekam dan sebagainya.

Bloglist 2015

Photobucket

Kepada rakan-rakan blogger sekalian..hari ni yue nak buat segmen BLOGLIST 2015 utnuk yue kemaskini bloglis yue...nak ganti baru lagi..untuk blogger2 yang aktif sahaja...terbuka kepada semua ye..blogger baru atau lama..senang...tak perlu buat entry..just komen disini letakkan URL blog ye..nanti yue kemaskini bloglis yue...dah bertahun dah bloglist lama tu..nak bagi peluang pada blogger lain lagi bertapak di situ..kekeke....

Pastikan FOLLOW yue dulu ye..dan Masukkan yue dalam bloglist korang juge...hihihi...

LOTS OF LOVE

NAK PINJAM JET NAJIB

Photobucket
BIAR...
Hidup tak mewah
Hidup tak megah

Asal HATI tenang..HATI senang
BIAR...
Rumah tak BESAR

Harta tak BANYAK




Asal HATI rasa bahagia...bahagia tak semestinya ada WANG yang banyak...ada RUMAH BESAR...cukup lah disamping ada keluarga yang memahami dan saling menyayangi..penuh dengan rasa cinta...rasa cinta pada ibu dan ayah..rasa cinta pada adik beradik..rasa cinta pada saudara mara..rasa cinta pada suami dan anak..
Alhamdulillah..aku dikurniakan FAMILY yang sangat menyayangiku..umi dan abi sangat-sangat mencintaiku...adik dan abang yang sayangkan aku...saudara mara yang sentiasa ambil berat tentang diri aku..sejauh mana pun aku berada sekarang...keluarga ku disini (sarawak keluarga mertua) yang sangat baik dan melayan aku bukan seperti orang luar..malah aku dapat rasa kasih sayang dari emak dan ayah seperti umi dan abi aku..memang tak sama dengan kasih syg umi dan abi...tapi alhamdulillah lah mereka anggap aku macam anak sendiri...
Aku rindu mereka..family aku di DUNGUN TERENGGANU...saudara mara aku..gelak ketawa..peluk cium...rindu dengan semua...BOLEH TAK PINJAM JET NAJIB BEBERAPA HARI???..nak balik terengganu 

Wanita Syurga

Photobucket
Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.


1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.


2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


3. Wanita yang beri susunya kepada anaknya  mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.


4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.


5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.


7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.


8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.


9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.


10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.


11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.


12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.


13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.


14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.


15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.


16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.


17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.


18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.


19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.


20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.


21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.


22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.


23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).


24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.


25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.


26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

Contest AKAR KITA ZAPIN 2015

Photobucket




Alhamdulillah...DUDUK...BACA...SHARE...dah jadi juara mingguan...korang nak tengok je ke? bukan susah pon...senang je...korang hanya perlu share buletin AKAR KITA ZAPIN 2015 yang akan menjelajah ke seluruh malaysia...aku ni suri rumah..tak bekerja...so aku syor kan pada suri rumah yang tak bekerja..yang mempunyai banyak masa..luangkan sekejap dengan apa yang aku nak share ni ye...
Minggu ni aku juara tak semestinya minggu seterusnya aku akan terus kekal juara...korang yang baru nak join pon boleh lintas point aku...sebab benda ni kalau RAJIN SHARE kau lah juaranya...TARIKH TAMAT CONTEST IALAH PADA BULAN OGOS NANTI!!!
aku pun tak lah 24 jam mengadap lappy n phone..jadi korang memang berpeluang besar untuk menang. apa hadiahnya?
JUARA :
PERCUTIAN PENGINAPAN DI HOTEL KL selama 3 hari 2 malam, SIJIL, barangan AKZ
NAIB JUARA :
TIKET PENERBANGAN PERGI BALIK DALAM MALAYSIA, SIJIL , barangan AKZ
KETIGA :
PENGINAPAN DI HOTEL SELAMA 3 HARI 2 MALAM destinasi dalam malaysia , SIJIL , barangan AKZ
MENARIK BUKAN????..apa lagi..jom join...boleh pm para juri kita dibawah :

CONTEST INI HENDAKLAH DI POST DI LAMAN FB SAHAJA...BUKAN DI BLOG YE...UNTUK KETERANGAN LANJUT BOLEH PM JURI DI ATAS
Tapi SEBELUM ITU...FOLLOW AKU untuk BULETIN SETERUSNYA..untuk KETERANGAN SELANJUTNYA...TQ